Isnin, 4 April 2016

Ciri-Ciri Planet Di Sistem Suria

UTARID
Merupakan planet yang terletak paling hampir dengan matahari.
  • Ini menyebabkan, planet ini mempunyai suhu yang tinggi, iaitu 430 darjah celcius pada waktu siang dan -170 darjah celcius pada waktu malam.
  • Mempunyai permukaan yang kering, berlubang dan berkawah.
  • Tidak mempunyai atmosfera, udara atau air. Oleh itu ia tidak sesuai untuk sebarang hidupan.
ZUHRAH
Merupakan planet yang terletak kedua hampir dari matahari.
  • Planet ini juga terletak paling hampir dengan Bumi.
  • Mempunyai saiz dan jisim yang hampir sama dengan Bumi.
  • Walau bagaimanapun, Zuhrah tidak menampung hidupan seperti Bumi.
  • Ini adalah kerana atmosferanya tidak mengandungi oksigen tapi terdiri daripada gas karbon dioksida dan awan asid sulfurik yang beracun.
  • Dilitupi oleh awan putih yang tebal.
  • Awan ini memantulkan cahaya matahari, menyebabkan planet ini kelihatan cerah di langit.
  • Mempunyai permukaan yang berbatu-batan, berlava dan mempunyai suhu setinggi 470 darjah celcius pada waktu siang.
  • Planet ini tidak mempunyai sebarang satelit yang bergerak mengelilinginya.
MARIKH
Merupakan planet yang terletak keempat hampir dari matahari.
  • Dikenali sebagai “planet merah” kerana mempunyai permukaan yang terdiri daripada besi oksida yang berwarna merah.
  • Permukaan planet ini juga adalah berkawah.
  • Mempunyai lapisan atmosfera yang nipis.
  • Atmosferanya terdiri daripada gas karbon dioksida dan karbon monoksida.
  • Suhu di Marikh adalah 30 darjah celcius pada waktu siang dan -60 darjah celcius pada waktu malam.
  • Mempunyai 2 bulan yang mengelilinginya.
MUSYTARI
Merupakan planet yang terletak kelima hampir dari matahari.
  • Ia merupakan planet yang terbesar dan mempunyai diameter kira-kira 11 kali ganda diameter Bumi.
  • Hampir seluruh permukaan planet ini terdiri daripada hidrogen dan helium cair.
  • Mempunyai dua gelang yang terdiri daripada ketul-ketul ais.
  • Planet ini juga mempunyai 16 bulan yang mengelilinginya.
ZUHAL
Merupakan planet yang terletak keenam hampir daripada matahari.
  • Planet yang paling menarik di dalam sistem suria kita.
  • Ini adalah kerana planet ini di kelilingi oleh satu sistem gelang yang luas.
  • Gelang-gelang ini terdiri daripada debu, batu-batan dan ketulan ais yang kecil dan beredar mengelilingi Planet Zuhal.
  • Planet ini mempunyai permukaan yang dilitupi oleh hidrogen cecair.
  • Planet ini juga mempunyai 18 bulan yang mengelilinginya.
URANUS
Merupakan planet yang terletak ketujuh hampir dari matahari.
  • Permukaannya kelihatan hijau kerana atmosfera Uranus dilitupi oleh metana.
  • Di samping itu atmosfera Uranus juga terdiri daripada gas hidrogen dan helium.
  • Permukaan Uranus dilitupi oleh lapisan ais.
  • Mempunyai gelang dan dikelilingi oleh 15 bulan.
NEPTUN
Merupakan planet yang terletak kelapan hampir dari matahari.
  • Planet ini mempunyai jisim dan saiz yang hampir sama dengan Uranus.
  • Permukaan planet ini berwarna hijau kebiruan dan atmosferanya terdiri daripada gas metana, hidrogen, dan helium seperti Uranus.
  • Dilingkari oleh gelang dan mempunyai permukaan yang dilitupi oleh lapisan ais.
  • Neptun mempunyai 8 bulan yang mengelilinginya.
  • Satelit semulajadi atau bulan yang paling besar mengelilinginya dikenali sebagai Triton.
  • Triton merupakan bulan yang mempunyai atmosfera berwarna kebiru-biruan.
PLUTO
Merupakan planet yang bersaiz paling kecil dan terletak paling jauh dari matahari di dalam sistem suria.
  • Saiznya hampir sama dengan saiz bulan yang mengelilingi Bumi.
  • Tidak mempunyai atmosfera dan permukaannya dilitupi oleh ais dan gas-gas yang membeku.
  • Kebanyakan gas yang terdapat di planet ini adalah metana.
  • Planet ini mempunyai suhu yang rendah dan merupakan planet yang paling sejuk.
  • Pluto hanya mempunyai satu satelit semulajadi yang mengelilinginya.
BUMI
Merupakan planet yang ketiga hampir dari matahari dan didiami oleh manusia, haiwan dan tumbuhan.
  • Antara planet-planet dalam sistem suria, hanya Bumi yang boleh mennampung kehidupan.
  • Ini dalah kerana Bumi mempunyai oksigen yang banyak dalam atmosferanya, kawasan berair yang luas, dan suhu yang sederhana.
  • Bumi mempunyai bentuk yang bulat tetapi agak mendatar di kutub utara dan kutub selatan serta membonjol di kawasan khatulistiwa.
  • Bumi mempunyai atmosfera yang mengandungi gas oksigen, nitrogen, karbon dioksida, dan gas-gas lain.
  • Permukaan Bumi adalah tidak rata dan dilitupi oleh air.
  • Mempunyai daya tarikan graviti yang menyebabkan jasad berada di permukaannya dan gas-gas kekal dalam atmosferanya.
  • Atmosfera Bumi adalah penting kerana mengandungi gas yang diperlukan oleh benda-benda hidup, mencegah sinaran ultraungu dari matahari menyinari Bumi dalam kuantiti yang membahayakan serta mencegah meteorit terhempas ke permikaan Bumi.
  • Bumi bergerak mengelilingi matahari dalam orbitnya sendiri.
  • Masa yang diambil oleh Bumi untuk membuat satu edaran lengkap adalah satu tahun, iaitu 364  1/4  hari.
  • Bumi juga berputar di atas paksinya dan satu putan lengkapnya mengambil masa 24 jam, iaitu bersamaan dengan satu hari.
  • Dikelilingi oleh satu satelit semulajadi, iaitu bulan.
  • Bulan boleh mengelilingi Bumi dalam orbitnya kerana terdapat daya tarikan graviti Bumi.
BULAN
Merupakan satelit semula jadi yang mengelilingi Bumi.
  • Terletak kira-kira 400,000 km daripada Bumi dan mempunyai diameter kira-kira 1/4 diameter Bumi.
  • Tidak mempunyai atmosfera dan terdiri daripada permukaan berkawah yang dilitupi oleh habuk-habuk.
  • Permukaannya terdiri daripada kawasan tanah tinggi dan tanah rendah yang luas yang dikenali sebagai maria.
  • Mempunyai daya tarikan graviti yang lemah iaitu 1/6 daripada daya tarikan graviti Bumi.
  • Mempunyai suhu pada waktu siang kira-kira 127 darjah celcius dan suhu pada waktu malam kira-kira -113 darjah celcius.
  • di bulan, tidak terdapat sebarang hidupan seperti di Bumi kerana suhunya sangat tinggi pada waktu siang dan rendah pada waktu malam, tiada atmosfera, tiada air dan banyak meteorit yang jatuh di permukaan bulan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan