Jumaat, 23 Oktober 2015

Tips Sebelum Menghadapi Pepeiksaan (Khas Untuk Pelajar UPSR,PT3 dan SPM)

1. Semak jadual

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan

Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a) Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
b) Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
c) Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan

Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
Begitulah 7 Tips Untuk Cemerlang dan Persediaan Menghadapi Peperiksaan yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.

Sabtu, 19 September 2015

Peristiwa Natrah

Nadra Maarof atau nama belanda Bertha Hertogh (1937-2009) adalah wanita keturunan Belanda yang menyebabkan Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit.
Bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dan ibunya Adeline Hunter. Kakaknya WiesjeCorrie. Adiknya Benny dan Karel.
Beliau meninggal dunia pada 9 Julai 2009 pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda.[1]

Susur galur

  • 1937 24 Mac Natrah dilahirkan di TjimahiJawaIndonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh
  • Disember 1942 Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad. Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun.
  • Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari KemamanTerengganu. Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.
  • 15 November 1945 Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung BanggolKemamanTerengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.
  • 1945 Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke BandungJawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.
  • September 1949 Natrah ditemui oleh Arthur LockePenasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.
  • 19 Ogos 1949 polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kampong Banggol, Kemaman.[2][3]
  • 12 April 1950 Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.
  • 22 Mei 1950 Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat,Singapura
  • 24 April 1950 Natrah dihantar ke Girls Homecraft CentreYork HillSingapura
  • 28 April Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.
  • 19 Mei 1950 peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura .
  • 28 Julai 1950 Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill
  • 1 Ogos 1950 kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi MuhamadSiti Aisyah.
  • 2 Disember 1950 Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda , seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.
  • Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.
  • 12 Disember 1950 Hakim menjatuhi hukuman - Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda. Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dijadikan Katholik.
  • 12 Disember 1950 Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.
  • 13 Disember 1950 Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang KallangSingapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM.
  • Ada protes orang Islam di KarachiPakistan yang bersimpati dengan Natrah.
  • 15 Disember 1950 Natrah sampai di Lapangan Terbang ScipholAmsterdamBelanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk 'Welcome Back Bertha'. Mereka dari 'Bertha Hertogh Comittee' yang dibentuk oleh bapanya, Sarjan Hertogh.
  • Di rumahnya di Bergen Op Zoom , kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari. Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.
  • Januari 1952 Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.
  • 9 Januari 1951 Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.
  • 10 Januari 1951 Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.
  • 17 September 1951 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.
  • Mac 1953 Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya 'Bertha Hertogh'.
  • 25 Januari 1953 Surat Mansor Adabi kepada Natrah
  • 20 Julai 1953 Surat Bertha kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.
  • 1954 Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Bertha yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannyaJohannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.
  • 26 Januari 1956 Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Bertha ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.
  • 20 April 1956 Bertha berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.
  • 15 Februari 1957 Bertha bersalin anak lelaki pertama. Bertha mendapat 10 orang anak. Nama anaknya SilvijaCarolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline, Hands dan Paul.
  • 20 Januari 1959 Surat daripada Mansor Adabi kepada Bertha menceritakan dia sudah berkeluarga.
  • 3 Februari 1959 Surat Bertha kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail 'Personal - Mansor Adabi' di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.
  • 25 November 1975 Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Bertha dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Bertha, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Bertha telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru dan peguam, hidup mewah.
  • 16 Ogos 1976 Bertha didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Bertha dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru - tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Bertha ditangkap.
  • 26 Disember 1976 Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.
  • 1976 Che Aminah meninggal dunia di ChukaiTerengganu ketika berusia 70an
  • Disember 1979 Bertha berkahwin dengan Tom Ballermans - lelaki yang selalu datang ke Cafe Bertha dan yang dikatakan bersepakat dengan Bertha untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di OssendrechtBelanda kira-kira 12 km dariBergen Op ZoomBelanda.
  • 1983 Bertha bercerai dengan Tom Ballermans
  • 1984 Bertha masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.
  • 15 September 1984 Bertha meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga... Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.
  • Bertha kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarikat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Bertha hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.
  • Pada tahun 1992, kerajaan telah mengharam lagu yang berjudul Natrah nyayian kumpulan Handy Black yang mengisahkan kisah Natrah ini.
  • 9 Julai 2009 - Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda. Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama.

Khamis, 17 September 2015

10 Best Places to Visit in Malaysia



If countries were awarded for diversity, Malaysia would top first place. Not only is Malaysia a melting pot of ethnic cultures, but it is also a blend of many different customs, cuisines and religions all coexisting peacefully together. From large island groups to mountains, fertile highlands and tropical rainforest, the country’s geography is every bit as diverse. What’s more, Malaysia is a unique country in that is divided into two main landmasses. West Malaysia occupies the southern half of a peninsula shared with Thailand, while across the South China Sea is East Malaysia, situated on the Borneo island. This overview of the best places to visit in Malaysia concentrates on its cultural, historic and natural attractions. For an insight in Malaysia’s most popular islands & beaches see this island list.
10Kota Bharu
Kota Bharuflickr/exfordy
Kota Bharu Climate
Often used as a stopover by many travelers visiting the beautiful Perhentian Islands, Kota Bharu offers its own unique charm, attractions, shopping and cuisine. Located in Peninsular Malaysia near the Thailand border, Kota Bharu is the capital of the Kelantan State. Much of Kota Bharu life revolves around the city’s bustling marketplaces of which the Central Market is the largest. Surrounded by coffee shops and busy streets dotted with old trishaws, the Central Market is teeming in local women working food stands and selling colorful fruits and vegetables.

9Melaka
Melaka Climate
Commanding an important position on the busy sea route between India and China on West Malaysia’s southwestern coast, Melaka was ruled and battled over for centuries between Indian, Portuguese, British and Dutch governments. As a result, this modern day Malaysian city is now one of the best places to visit in Malaysia packed with architecture, culture, traditions and cuisine all reflecting its rich heritage. The Portuguese Settlement in Melaka is characterized by charming villas and the remains of an old fort while the Dutch district features some of the oldest Dutch architecture in the East.
8Cameron Highlands
Cameron Highlands
Cameron Highlands Climate
Providing a cool escape from the heat of the lowlands, the Cameron Highlands in the Titiwangsa Mountains are one of Malaysia’s oldest tourist destinations. Developed with an English garden charm, this beautiful tableland offers lush scenery, forests, lakes, wildlife and outdoor recreation. As Malaysia’s chief tea and flower producer, the Cameron Highlands also abounds in sprawling tea plantations and colorful flower farms. Many of these establishments are open to the public. Several pictorial golf courses are available for golfers.
7Kota Kinabalu
Kota Kinabaluphoto/Flanegan
Kota Kinabalu Climate
The capital of the Sabah State in Malaysian Borneo, Kota Kinabalu is a fast-growing tourist destination due to its close proximity to tropical islands, rainforests, wildlife refuges, national parks and Malaysia’s tallest peak, Mount Kinabalu. Commonly called KK by locals, Kota Kinabalu has a small city center, boasting a number of landmarks, memorials and an observatory, which offers splendid views of the city. Just minutes from the city, the Tunku Abdul Rahman Park features five small islands that are ideal for snorkeling, diving and swimming.
6Kuching
Kuching Climate
The largest city on Borneo Island, Kuching is a popular base for exploring Borneo’s rainforest and the state of Sarawak. However, Kuching offers plenty for tourists to see and do during their stay, from sightseeing historic landmarks to bustling markets and outdoor recreation. The city is situated on the banks of the Sarawak River with a beautifully landscaped waterfront offering views of historic landmarks such as Fort Margherita and Astana palace. Distinct for its umbrella-shaped roof, the Kuching Civic Center contains a planetarium and a viewing platform presenting outstanding aerial views.
5Penang
Penangflickr/Schristia
Penang Climate
Located in the Strait of Malacca off West Malaysia’s northwestern coast, Penang Island is a popular tourist destination due to its historic George Town and rich culinary diversity. Its position along one of the world’s most traveled shipping routes has infused Penang with a colorful array of cultures, architecture and cuisine. No visit to Penang would be complete without a trishaw ride or walk around the island’s capital city, George Town, to see its British colonial architecture and historic Chinese and Indian temples.
4Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
Kuala Lumpur Climate
Less than 200 year ago, Kuala Lumpur was just a quiet tin-mining town in West Malaysia. Today, this same sleepy village has flourished into the country’s federal capital and largest metropolis. Commonly called KL by locals, this vibrant city is a cultural melting pot, noted for its impressive skyscrapers and buzzing scenes of shopping and dining. KL doesn’t really have a city center but rather several hubs of activity. The former colonial district features distinctive architecture and the pleasant Merdeka Square. Chinatown is a busy tourist hub while the Golden Triangle presents the city’s modern face, with the famous Petronas Towers as its most striking building.
3Taman Negara
Taman Negaraflickr/wazari
Encompassing three states across the northern part of West Malaysia, Taman Negara is reputed to be the oldest tropical rainforest in the world. A popular ecotourism and adventure destination, this national park is teeming in in wildlife from rare plants to exotic birds and scarce animals like the Malayan Tiger, Asian elephant and Sumatran Rhinoceros. One of the most popular things to do in Taman Negara is the Canopy Walk, a long suspension bridge high above the treetops where visitors can walk and glimpse exotic birds. Guided night safaris are also available to see plants that only bloom at night, glow-in-the-dark fungi and nocturnal creatures like owls, leopard cats and water dragons.
2Langkawi
Langkawiflickr/trekker308
Located off Malaysia’s northwestern coast in the Andaman Sea, Langkawi is an archipelago of 99 islands boasting picturesque beaches, rainforest, mangroves and forest-clad mountains. In recent years, resorts, hotels, restaurants and other tourist facilities have developed in Langkawi, offering visitors the opportunity to experience the archipelago’s exceptional natural beauty.
1Gunung Mulu National Park
#1 of Best Places To Visit In Malaysia
Famous for its extraordinary limestone karst formations and phenomenal cave systems, theGunung Mulu National Park is one of the most awe-inspiring natural attractions in all of Southeast Asia. Located in Malaysian Borneo in the Sarawak State, this national park features some of the largest and longest cave systems in the world. Included in these is the world’s largest cave chamber, the Sarawak Chamber, which is estimated large enough to hold 40 Boeing 747 aircraft.

Isnin, 14 September 2015

At least 107 dead in crane collapse in Mecca's Grand Mosque

A towering construction crane toppled over during a violent rainstorm in Mecca, Islam's holiest site, crashing into the Grand Mosque and killing at least 87 people ahead of the annual hajj pilgrimage later this month. (Sept.11)
A huge construction crane buffeted by strong winds collapsed and crashed onto the Grand Mosquein Mecca on Friday, killing as many as 107 worshipers only days before the start of the annual Muslim pilgrimage, the Saudi Arabia Civil Defense reports.
The Civil Defense said on Twitter that as many as 238 people had been injured.
Photos sent by Twitter from the scene show numerous blood-covered bodies strewn on a marble floor under the arm of a large crane.
Ahmed bin Mohammed Al-Mansouri, spokesman for the Presidency of the Grand Mosque and the Prophet Mosque, blamed the accident on a "strong sandstorm, winds and torrential rains," the official Saudi Press Agency reports.
Even before the crane accident, the Civil Defense was warning of thunderstorms, heavy rain and wind in the area. The Saudi Civil Defense said search and rescue teams and medical workers from the Saudi Red Crescent were quickly sent to the scene.
The accident occurred as the kingdom prepared to welcome 3 million people to the Muslim holy city for the annual pilgrimage that begins Sept. 21.
Reports of the accident were also carried by Al Arabiya and other Middle East news sites. The Khaleej Times says there are "many casualties."
The Grand Mosque or Great Mosque of Mecca (also known as Masjid al-Haram) is the largest mosque in the world. It surrounds Islam’s holiest place, the Kaaba, in the city of Mecca. Muslims face in the direction of the Kaaba while performing their obligatory daily prayers.
One of the five pillars of Islam requires every Muslim to perform the hajj pilgrimage at least once in their lifetime. The hajj is one of the largest annual gatherings of people in the world.
The complex covers 88.2 acres, which includes outdoor and indoor prayer spaces. It's open 24 hours a day.
Last year, the number of people permitted to perform the hajj was lowered for safety reasons because of construction work to enlarge the Grand Mosque, Reuters reports.
Copy From :http://www.usatoday.com/story/news/world/2015/09/11/many-deaths-reported-crane-collapse-meccas-grand-mosque/72069206/

Jumaat, 11 September 2015

Perdana Menteri Malaysia

Perdana Menteri Malaysia adalah ketua pemerintahan tertinggi KerajaanMalaysia. Secara rasmi mereka dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, selaku Ketua Negara, dan biasanya pemimpin sesebuah parti politik atau parti komponen terkuat dalam Parlimen (Dewan Rakyat) akan dipilih dan dilantik. Sejak kemerdekaannya pada 1957, semua Perdana Menteri berasal dari partiUMNO, salah satu parti politik terbesar dalam Barisan Nasional (dahulu dikenali sebagai Parti Perikatan hingga 1974).

Era Pemerintahan Tunku Abdul Rahman (1957-1970)

Perdana Menteri Malaysia Pertama iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia. Baginda dibantu oleh timbalannya iaituAllahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein.
Tunku abd rahman.jpg TunAbdulRazak.jpg

Era Pemerintahan Tun Abdul Razak (1970-1976)

Perdana Menteri Malaysia ke-2 iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein digelar sebagai Bapa Pembanggunan Malaysia. Sepanjang beliau berkhidmat, beliau mempunyai dua orang Timbalan Perdana Menteri iaitu Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Dato' Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn.
TunAbdulRazak.jpg Ismail Rahman.jpg Tun Hussein Onn (MY 3rd PM).jpg

Era Pemerintahan Tun Hussein Onn (1976-1981)\

Perdana Menteri Malaysia ke-3 iaitu Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn dikenali sebagai Bapa Perpaduan Malaysia. Beliau dibantu oleh timbalannya, Tun Dr. Mahathir bin Mohammad.
Tun Hussein Onn (MY 3rd PM).jpg Mahathir Mohamad 2007.jpg

Era Pemerintahan Tun Dr.Mahathir (1981-2003)

Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad digelar sebagai Bapa Pemodenan Malaysia. Sepanjang beliau berkhidmat, beliau mempunyai seramai empat orang Timbalan Perdana Menteri. Antaranya ialah Tun Musa bin Hitam, Allahyarham Tun Ghafar bin Baba , Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dan Tun Abdullah bin Ahmad Badawi.
Mahathir Mohamad 2007.jpg Musa-hitam.jpg Ghafar Baba.jpg Anwar 980416.jpg AB April 2008.jpg

Era Pemerintahan Tun Abdullah Badawi (2003-2009)

Perdana Menteri Malaysia ke-5 iaitu Tun Abdullah bin Ahmad Badawi digelar sebagai Bapa Pembanggunan Modal Insan Malaysia. Beliau dibantu oleh timballannya iaitu, Dato' Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak.
AB April 2008.jpg Najib Razak 2008-08-21.jpg

Era Pemerintahan Dato' Seri Najib Tun Razak (2009-Kini)

Perdana Menteri Malaysia ke-6 iaitu Dato' Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak dikenali sebagai. Beliau dibantu oleh timballannya, Tan Sri Muhyiddin bin Yassin dan kemudian digantikan oleh Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi.
Najib Razak 2008-08-21.jpg MuhyiddinUS.jpg AZHThai.jpg

Kontroversi

Ada kekhuatiran bagi kaum Orang Melayu Malaysia beragama Islam, baik dari ahli-ahli parti politik UMNO sendiri mahupun ahli-ahli dari PAS, melarang seorang bukan Bumiputera (misalnya daripada etnik Orang Cina Malaysia dan Orang India Malaysia serta lain-lain etnik bukan daripada Bumiputera) daripada menjadi Perdana Menteri, namun Kerajaan telah berulang kali menyakinkan Rakyat, bahawa Perlembagaan tidak mewajibkan dan membenarkan seseorang untuk menjadi Perdana Menteri daripada bukan Bumiputera.